Friday, September 21, 2007

Alfatihah utk Nurin

Pagi semalam semasa dalam perjalanan ke ofis, saya mendengar radio KLfm,bersama2 ustaz wan sohor bani leman membacakan alfatihah agar nurin segera ditemui.tak sangka…tghri tu nurin benar2 disahkan mati..

Terkejut dengan penemuan mayat bdk ppuan dalam beg beberapa hari lepas,smalam lagi terkejut bila polis umumkan dna bdk tu match dengan ibu bapa nurin jazlin yang hilang genap sebulan semalam.
Sebagai seorang ibu dapat saya rasakan betapa hampa..geram..kesal dan marah pada penjenayah yg melakukannya.
Kalo ikutkan hati mau saja kita seksa penjenayah tu sampai mati..sebagaimana yang telah dia lakukan pada org lain…
Betapa tidak..keadaan si kecil yang tidak berdaya..mati dalam keadaan yang sungguh terseksa…zalim sungguh manusia…

Zaman sekarang sungguh mencabar betul nk membesarkan anak..dengan kesihatan..maupun keselamatannya...sungguhpun mereka hanya berada di sekitar kawasan rumah sendiri…
Buat adik nurin…alfatihah..semoga berbahagia di sana menemui Pencipta yg Maha Esa…
Buat keluarga en jazimin…banyak2 kan bersabar…dan tabah..ini dugaan yang maha hebat.InsyaAllah nurin sedang menunggu kalian di pintu syurga…….

No comments: