Wednesday, January 14, 2009

Jahanam kau yahudi!!!

tiap kali berita mengenai kekejaman israel di palestin keluar..hati siapa yang tidak sakit...geram dan marah sukar hendak digambarkan...saya mahu menulis sesuatu..tp tidak tahu bagaimana hendak memulakan..sehinggalah saya menemui tulisan ini di forum...saya copy semula untuk tatapan dan peringatan kawan-kawan dan semua pengunjung blogku yg x seberapa ini..


credit to the penulis blog asal...izinkan saya duplicate apa yang telah anda tulis di sini...




""Bacalah utk renungan.. dimana kita ketika saudara kita memerlukan.. Walau hanya cebisan doa..



Aku tak pasti sama ada kamu alert atau tidak mengenai hal ini. Jadi aku terasa nak kongsi beberapa point di sini. Sebelum itu aku nak tanya kamu, biasa dengar kan perkataan jenayah? Jenayah mencuri? Merompak? Pernah dengar tak jenayah perang dan jenayah kemanusiaan?



Aku tak pasti sama ada perang ni dah jadi satu yang memang jenayah atau tidak lagi. Bukan pe, kalau jenayah, mesti dah lama semua yang mulakan perang tuh masuk penjara. Betul? Kamu pernah dengar perkataan Palestine tak? Kamu ade pernah dengar tak kita ni kena pertahankan Palestine? Eh apsal kena sebuk-sebuk pasal negara orang kan?



Untuk yang belum biasa dan tak faham dengan phrase "pertahankan al aqsa", mari kongsi fakta dulu sebelum aku bagi point, kalau tak kang sia-sia je kamu baca point aku tanpa faham basic. Meh sini duk rapat-rapat sikit dengan skrin monitor supaya kamu dapat baca sebab kenapa kita kena ambil tahu dan pertahankan Palestin serta Masjid Al-Aqsa.

Tengok gambar dulu bagi faham. (xleh nak upload gambo) Kubah kuning itu kubah as-sakhra dan kubah hijau dalam petak oren itu namanya masjid qibli. Kawasan petak hijau itu adalah tembok, semuanya adalah kawasan masjid al aqsa (haram al sharif).



Aku saje bg 2 gambar yang sama, supaya nampak jelas. ok, kenapa kena pertahankan Al Aqsa, penting sangat ke??



-> Sebab Al-Aqsa kiblat pertama umat Islam sebelum Kaabah. Secara analoginya, kalau Masjidil Haram kena serang dan orang-orang sekitar mati dibunuh dengan kejam, kau marah tak?



-> Cuba bukak Al-Qur'an suratul isra' ayat 1 . Kat situ ada sebut nama Masjidil Aqsa kan? Ada dalam Qur'an sebut nama masjid kat kampung kamu? Tu maknanya memang sangat penting masjid Al Aqsa ni, juga sebagai masjid ke3 paling suci buat semua umat Islam sampai Allah sebut dalam Qur'an, . Tapi taklah bermakna masjid kat kampung kamu tak penting, ok?



-> Sebab seterusnya aku bagi dalam bentuk lagu, ok? Klik sini dengar lagu ni betul-betul. Cekgu kitorang dan Muadz terlibat ngan lagu ni aku meremang tiap kali dengar lagu nih, seram dowh



-> Dulu kau sekolah ada belajar kan nabi berniaga ke Syam? Kalau kau ingat lagilah. Ok, Syam skang dah tukar nama jadi Al Quds sejak Islam memerintah kat sana, ia adalah kota lama di Palestin. Nama lain Al Quds adalah Baitul Maqdis. Secara matematik nya, Syam = Al Quds = Baitul Maqdis. Aku rasa buku teks kat sekolah kena terang pasal nilah. Hisy. Akhir zaman nanti, Baitulmaqdis akan dijadikan ibu negara umat Islam, dan kemajuannya akan membawa kepada tanda-tanda akhir zaman. Sabda Nabi, "Pembangunan Baitul Maqdis membawa kepada kehancuran Madinah (kerana diserang wabak)", hingga akhir hadith, kamu carilah.

Diriwayatkan oleh Nuaim b Hammad, salah seorang syeikh kepada Imam Bukhari



Kota ini kota suci kita teman, dan Yahudi juga beranggapan ia adalah kota suci mereka. Mereka berjuang untuk dapatkan tanah ini, tapi kita masih blur blur lagi, langsung tak buat ape-ape. Aku pun tak faham.. Teman, aku kira kamu dah dapat basic. Kalau rasa sampai sini dah cukup banyak , sila datang semula untuk baca sambungannya. Aku nak mulakan point nih. Ini perkara-perkara terbaru terjadi di Palestin. Yang lama-lama tuh kau cari sendiri memandangkan skang kau dah ada basic nye. Faham?



1. situasi kini - serangan terbaru habis-habisan dari tentera Israel bermula awal tahun hijrah & awl tahun masihi. Serangan berterusan tanpa ada tanda-tanda nak stop. Gila.



2. setakat yang aku tahu, 800 mati, 1300 cedera. Ape, sikit je eh? Owh kalau macam tuh kamu cuba kira angka kematian sejak serangan Israel dari tahun 1929 hingga kini. Agak-agak sikit ke banyak?



3. Israel claimed bahawa serangan terbaru ini adalah untuk tujuan keselamatan, bohong semua neh. Mereka menyerang sebab ada serangan roket oleh pejuang Palestin, padahal serangan roket tu untuk balas provokasi dan pencerobohan tentera Israel ke dalam wilayah Gaza ketika tempoh gencatan senjata sedang berkuat kuasa.



4. Orang-orang yang sakit teruk, tak dapat keluar dari wilayah gaza untuk dapatkan rawatan kerana dihalang oleh Israel, dan ramai yang mati kerana itu.



5. Hospital yang ada di Gaza kehabisan gas memasak, dan gas yang sama digunakan juga untuk proses pengeringan tuala dalam proses pembedahan. Pihak rejim Zionis menghalang import ubat-ubatan dan bekalan perubatan kepada Gaza dua tahun lepas, jadi semua pihak hospital Gaza tak bersedia untuk tangani jumlah pesakit yang ramai.



6. Yang paling dekat dengan Palestin adalah Mesir. Tapi Mesir halang sebarang kemasukan bantuan kemanusiaan ke Palestin melalui sempadannya. Cth macam Libya, depa akan hantar lebih banyak kapal bantuan ke Gaza walaupun ia akan bertukar menjadi 'misi maut' kerana berkemungkinan di bom tentera Israel.



7. Penduduk Negara-negara Arab semua sekali 300 juta orang, walhal jumlah penduduk Yahudi Israel 5 juta orang je! Kerajaan-kerajaan Arab dan Islam sekadar nak memerhati dengan tega tanpa sepicing rasa belas kasihan ke?! Mesir masih berdegil membuka pintu sempadan kepada rakyat Palestin. Gila.



8. Jangan terpengaruh dengan media, jangan terpengaruh dengan kata-kata pemimpin US, Mesir dan Israel. Hakikatnya Israel telah menutup sempadan Gaza dan menghalang bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api, bekalan air bersih dan sebarang bentuk bentuan kemanusiaan. Bahkan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Gaza sudah sampai ke tahap di mana mereka terpaksa memakan rumput di tepi jalan untuk meneruskan kehidupan.



9. Sikap kepura-puraan negara Islam/Arab adalah dibidas. Sikap hipokrisi Mesir dikecam kerana mendakwa mereka bersedia untuk mengizinkan rakyat Gaza yang tercedera di bawa masuk melalui sempadan Rafah bagi menerima rawatan. Tetapi sehingga saat ini tidak ada rakyat Gaza yang dibenarkan untuk memasuki Mesir kerana dihalang oleh pasukan keselamatan Mesir. Apabila bantahan dibuat kepada Menteri Dalam negeri Mesir beliau 'berjanji' untuk menyelidiki perkara ini. Soalnya apakah Mesir mengambil sikap membela saudara-saudaranya di Gaza atau tunduk kepada arahan Tel Aviv/USA?



10. Aku benci dengan OIC. Memang owh I seeee..yelah tengok je tanpa buat apa-apa yang drastik sebagai negara-negara Islam. Ape, takut kena serang dengan Israel jugak?? Teman, kalau kamu lupa sejarah tingkatan 5, meh aku ingatkan, penubuhan OIC adalah untuk Palestin, untuk Palestin. Tapi mananya, habuk pun takda!



11. Teman, pertembungan ini adalah di antara umat Islam seluruh dunia dengan Zionis kerana perjuangan Palestin adalah pembebasan Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam serta simbol kemuncak kezaliman & pelanggaran hak asasi manusia yang paling tinggi dan biadab dalam peradaban manusia masakini. Jenayah!!



Meh aku bagi kamu baca sikit petikan dari ucapan wakil HAMAS waktu mereka datang ke Malaysia dulu. HAMAS ni adalah kira macam kerajaan yang memerintah Palestin. Walaupun Palestin langsung tak diiktiraf sebagai sebuah negara. Owh cuba check peta tengok.



"Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia."



Teman, mereka dah lama jadi wakil bagi kita. Dah lama sengsara, dah lama berjihad bagi pihak kita! Tapi kita langsung tak ambil tahu tentang mereka. Langsung..



"HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami." "Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia.



Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???" Teman, kalian dah sedar belum? Faham belum?

Sepatutnya kita yang kena pergi berjuang sekali, tapi diorang dah jadi wakil untuk kita!

Tolong tengok balik sebab-sebab yang aku tulis kat atas kenapa kita kena pertahankan Al-Aqsa.



"Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat." Mereka nak pergi exam, tapi kita kat sini taknak belajar. Sia-siakan peluang yang diberi. Dimanjakan dengan kemewahan dan keamanan negara. Kamu tak bersyukur teman!!



"Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?"



Dimana kamu teman...dimana negara-negara Islam..bukankah kita semua yang beragama Islam adalah bersaudara? Atau kamu lupa itu teman??



"Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?"



"Umat Islam di Malaysia sekelian, Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda."



"Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya."



"Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu." Ke mana perginya OIC..kemana OIC..mana hilangnya objektif penubuhan OIC..mana..mana..



"Wahai saudara-saudaraku sekalian, kami tidak perlukan saudara untuk pergi ke Palestine untuk membunuh Yahudi, pemuda-pemuda kami masih cukup untuk menghadapi Yahudi. Kami hanya perlukan sokongan, doa, wang dari kalian. Biar diakhirat nanti, dihadapan Allah...Kami akan mengakui bahawa kalian rakyat Malaysia telah menolong kami, berdoa untuk kami, bersedih bersama kami, syahid bersama kami. Ketahuilah sumbangan kalian tidak sia-sia, darah dan air mata yang tumpah tidak sia-sia. Semuanya ada nilai disisi Allah."



"Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami tabah di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini..."



Apa yang perlu kita buat??? Ada TIGA benda yang kita boleh buat.

1. DOA Dah jadi fardhu 'ain untuk kita berdoa buat saudara kita di Palestin dan negara-negara Islam lain. Dalam solat tuh, masuk sket ruang doa buat mereka. Tolonglah..boleh kan? Skang ni jom sama-sama baca doa kat bawah ni.



"Oh Allah support the Islam and Muslimeen in Palestin, Oh Allah make their hearts firm (in Imaan, Taqwaa, Tawakkul etc.), Oh Allah make their feet firm (uncompromising and steadfast), Oh Allah support them (the Mujaahideen) over those who show animosity to them, Oh Allah destroy their enemies, Oh Allah shake the earth beneath their (the enemies) feet, Oh Allah support our scholars, Oh Allah be with them and protect them, please accept our du'aas you are indeed the best knower and the best listener..ameen ameen"



2. WANG Teman ku sayang, tak perlu berjuta pun. Tiket wayang boleh beli, takkan RM5 pun takleh bagi? RM10 kamu pun macam air je skarang neh. Tak payah jumpa sesapa nak bagi sumbangan, senang je, boleh bank in kan. Kalau lokek sangat, nak bagi RM1 pun takpelah, kumpul-kumpul dengan teman-teman kamu lepas tu bank in kan. Sumbangan ke akaun Aman Palestin Berhad: Bank Islam Malaysia Bhd :: 12029010047880 Maybank Malaysia Bhd :: 562263010787



3. SOKONGAN Part ni general sangat. Boleh bahagi banyak.

a) Hey kamu semua yang membaca entry ni dan yang ada blog. Kamu boleh menulis macam-macam kat blog kamu pasal tahun barulah, pergi makan lah dan apa segala. Takpe, tak salah pun, cuma aku rasa boleh kot sambil-sambil tuh kamu tulis pasal Palestin neh. Boleh kan? Tak susah kan? Tulis sikit je. Sebab aku tahu blog kamu ramai pembaca, komen berjela-jela. Beruntunglah kamu jika kamu ramai pembaca dan kamu menulis mengenai Palestin! Sebarkanlah berita dan pengetahuan ini. Aku menulis di atas nih daripada basic, sebab aku rasa cam sia-sia kot aku menulis kalau yang membaca tatau hape lagi pasal Palestin. Sekurangnya faham idea, dan faham kenapa. Boleh ye teman tulis pasal ni kat blog kamu? Tak lokek kan?



b) Bagi sokongan kalau ada yang sedang berkempen pasal Palestin.



c) Sambil-sambil sembang ngan member-member tuh, silalah bercakap sket pasal ni. Pandai-pandai kamulah nak cakap macam mana. Announce sekejap kat depan kelas pun okay sementara nak tunggu kelas mula. Announce kat ofis ke. Pandai-pandai la.



Teman, dah berjela aku menulis, kalian dah faham belum hal sebenar? Kalian dah sedar belum dari lena? Aku mengumpul kekuatan untuk menaip entry yang sebegini, sebab airmata aku takkan dapat aku tahan. Selama 4 tahun aku blogging, ini baru kali ke2 aku menulis isu Palestin. Sebab aku memang tak mampu nak menulis, tapi kena tulis jugak ah! Yang pertama ada di sini.



Aku sangat harap kerajaan Malaysia buat sesuatu. Dan aku tak rasa penyokong kuat Israel wajar di back up setelah dibaling kasut biarpun dia ketua kerajaan sekalipun. Malah dia deserved lebih dari tu lagi! Isu Palestin ni patut jadi bahan perbincnagan di Parlimen. Sekurang-kurangnya zaman Tun Dr Mahathir dulu, beliau lantang suarakan hal ni. Waktu tu Malaysia banyak menyumbang, namun aku harap tindakan lebih drastik dilakukan memandangkan ade spesifik OIC tuh.



OIC dengan NAM harapnya jadi agresif ah, drastik. Ada kuasa kan, guna lah. Jangan buat tindakan sama macam kami rakyat yang takde kuasa nih. Kalau macam tu, sama je kalau takda pertubuhan pun. Aku kesal gila November lepas bila Parlimen Malaysia menolak untuk bincangkan usul mengenai tindakan kejam regim Zionis Yahudi mengepung Semenanjung Gaza, Palestin dengan alasan usul itu tak perlu disegerakan.



Owh my... Aku fikir, daripada korang duk kutuk-kutuk blog yang macam Adibah sume tuh, lebih baik kalau korang kutuk Israel laknatullah tuh. Lagi bermakna. Usaha korang nak habiskan baca entry ni, aku kira jihad jugak ah. Alhamdulillah. Lepas ni bolehla ye mula dengan TIGA perkara tadi. Tolonglah ye, aku rayu gila-gila nih. Tolonglah Tolonglah.. ""



Dipetik dari: http://nurilahi. blogspot. com/



2 comments:

superior said...

leather handbags
bags
bag
handbag
handbags

Anonymous said...

apa yang saya cari, terima kasih