Tuesday, June 23, 2009

Semoga rohnya dicucuri rahmat..

saya masih lg terasa lemah apabila adik memberitahu bahawa ibu saudara saya, yang biasa saya panggil 'along', meninggal dunia pada jam 1.30 tghri tadi..

dia sebenarnya sepupu kepada mak.pangkat makcik kepada kami adik beradik.mmg dia antara yang paling kami rapat.
malah, kelahiran saya ke dunia ini, dia lah yang menyambutnya.makcik saya ini dulu bekerja sbg jururawat di HKL..

sewaktu saya di dalam pantang dania dulu, dia jugalah yang menolong memandikan dan menyiapkan dania.hampir 2 minggu dia dtg utk menolong.begitu juga semasa pantang nadzim, hampir 2 minggu jugalah dia dtg ke rumah.
ketika tiada siapa yang 'support' utk susu ibu, hanya dia sajelah yang memberi galakan kepada saya.

dia mula ditahan dihospital masa kami di melaka, puncanya keluar darah dari mulut...kemudian dibedah.ada pelbagai komplikasi lain dan dia terus berada di dlm wad icu sehingga saat terakhir dlm hidupnya.
saat dia di hospital selayang, ibu saya pula ditahan di hospital pusrawi kerana denggi.
kesian dia...saya x dpt dtg melawat pada hari-hari akhir nya...

saya sayu dan sedih...
malahan dia pergi selang 2 bulan selepas suaminya meninggal dunia...
ya Allah...tempatkan lah dia di kalangan orang yang beriman....aminnn

8 comments:

reza nani said...

innalillah....sehidup semati dia dgn suaminye...semoga rohnye dicucuri rahmat....amin....

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

al-fatihah .....

Unknown said...

al-fatihah

simpati dengan diorang..huhuh..

:(

zeti said...

Al Fatihah..
semoga roh arwah ditempatkan di kalangan yang beriman..

kak noor said...

takziah

eiseais said...

innalillah.

al fatihah utk arwah.

Emmy said...

Innalillah dan Al-Fatihah untuk arwah

eza said...

salam takziah untuk keluarga arwah....